muak dan keji. itulah perkataan yang aku dapat gambarkan bila membaca tulisan / laporan berita akhbar-akhbar kerajaan. berita2 sensasi yang dipetik hasil perbicaraan DSAI. bagi aku adalah tidak wajar media mendetailkan berita2 sebegini apatah lagi ditonjolkan di muka hadapan, seolah2 menghukum org yang belum lagi terbukti kesalahannya.
amatlah mendukacitakan apabila akhbar2 ini dilanggan oleh sekolah2 dan diletakkan di perpustakaan sebagai bahan bacaan parapelajar2nya. apakah perasaan dan pemikiran remaja2 bila membaca tajuk2 sebegini.."Saiful tidak buang air besar selama 2 hari" dll.
inilah yang dinamakan kekejian media arus perdana sekarang..tiada lagi etika dan hanya menjadi alat propaganda politik pemerintah semata2. sungguh murah nilai maruah individu2 media apabila sanggup menjadi boneka politik.
media sebegini bukan sahaja menjahanamkan minda bangsa, generasi pelapis malah penyubur kepada budaya fitnah
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
apa yang bole aku simpulkan di sini, media arus perdana sekarang (tak perlu lah disebut disini)makin celupar, "bogel" mindanya dan "telanjang" akal dalam laporan2 yang mempunyai elemen serangan politik. hanya kebijaksanaan rakyat untuk menilai dan menentukan riwayat media-media murahan ini.
No comments:
Post a Comment