Pages

Saturday, February 27, 2010

Penderaan Kanak...sampai bila nasib golongan ini akan terbela?

Satu lagi kisah menyayat hati berlaku dalam masyarakat Malaysia. Seorang lagi nyawa melayang akibat perlakuan manusia berhati binatang.
Syafia Humairah Sahari, 3 tahun meghembuskan nafasnya akibat teruk dibelasah teman lelaki ibunya. Ulasan ketua polis Hulu Selangor di dalam Buletin Utama sebentar tadi amatlah mengejutkan, hasil bedah siasat,kanak2 kecil tersebut mengalami pendarahan teruk di otak dan buah pinggang beliau mengalami kecederaan serus.
Syafia, bukan sahaja didera, bahkan disepak terajang bak bola oleh suspek berusia 28 tahun.
Namun apa yang paling menyedihkan adalah kenapa kanak2 yang tidak berdosa ini menjadi mangsa?
1. Bapa kandung beliau menjalani hukuman penjara.
2. Ibu (25 tahun) menjalinkan hubungan luar nikah dengan suspek (pemandu teksi,28 tahun)
3. Teman lelaki seorang "mat dadah"

Semua faktor ini sudah cukup membuktikan beliau berada dalam lingkungan keluarga bermasalah.

Tetapi kenapa tiada laporan penderaan dilakukan?

Masyarakat kita takut, nanti dikatakan penyibuk @ suka jaga tepi kain orang.

Sampai bila mentaliti rakyat Malaysia akan berubah...dan sampai bila kerajaan kita akan menanti untuk menggubal akta dan undang2 yang lebih keras.

Dan kenapa hubungan luar nikah si ibu tidak diketahui keluarga dan dilaporkan..di mana penguatkuasaan syariah?

Fikir-fikirkanlah...

No comments: